Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Ketuk-Ketuk Di Dapur
LeeNaz | Rabu, 25 Disember 2013 | Label: Anak Solehah, Arissa Sofea, Hobi, Makan, Makanan, Masakan, Resepi, Rumah
Sekarang cik fea dah kuat makan...Masa nak pandai jalan kemain liat nak makan...Orang tua-tua kata nak ringankan badan...Lepas dah laju jalan...haaa ambik..Orang makan berlari kejar minta makan...makan macam burung pula tu...comey!Kerajinan buatlah labu manis+serbuk ikan bilis goreng+nasi lembik..Ini budak takmo makan yang cair-cair dah..Nak makan pepejal..kalau bagi nestum kemain juih balik...
So beli labu manis yang tak buang kulit..keras...potong-potong aje masukkan dalam kukus...dah masak baru senang nak buang kulit dia..semangat buat lebih sbb nak masukkan ke mulutku sekali :P
Sedap sangat labu manis ni...gebu je isinya bila masak...omnomnomm
Goreng ikan bilis tanpa minyak..dah garing angkat jgn masak sampai hangus plak..
Tumbuk-tumbuk ikan bilis goreng ni sampai jadi serbuk
Dah siap campurkan dgn nasi lembik tu..gaulkan labu manis dgn ikan bilis dah siap..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bagus...senang keroje mak incek..senyap jek layan Hi5 kesukaan dia...
Mari suapkan sambil menari-nari
Bila time malas nak masak. Bila balik kerja penat hamat nak memasak.
Keluarlah idea ni. telur bungkus.
Biarlah simple pun janji laki den makan dari air tangan den.
Walau tak perfect macam kat kedai atau restoren janji laki den kata mabeles.
Setakat ni tak pernah laki den kata tak sodap.
Pandai dia ambik hati den ni. Ni yang semangat nak memasak hari-hari ni.
Ihiks gelak gatai
Bahan dan cara masak seperti dalam gambar.
Tengok pun dah tau simple jek bahan-bahan dia kan.
10 minit pun dah boleh siap

Bungkuskan pastu nak letak reben pun boleh. Simple dan senang sangat.
Kadang-kadang busan gak asyik goreng telur la..goreng ayamlah...
Padahal boleh pelbagaikan masakan telur ni. Biarlah simple pun janji laki makan masakan kita.
Cuma perlu pelbagaikan je masakan walaupun hari-hari masak berasaskan telur.
Tak sabar nak tunggu cik sofea ade gigi.
Dah ade byk idea nak masakkan utk dia.
Lambat bebenor gigi nak tumbuh...takpela janji sihat walafiat =)
Ahad tak kemana-mana. Seperti biasa hobi di waktu bosan adalah memasak. heeh
Sekarang ni senang jek nak cari resepi. Semua di hujung jari je. Tapi ni tak dihujung jari pun.
Sebab mudah dan simple je. Mana yang ada je campak-campak.
Nak taknak masak jek kan.
Seperti biasa inti kentang kosong je. Tekak nak makan karipap kentang je.
Acara uli menguli hingga ke titisan darah. Untuk 500gram dapat 20 biji doh.
Size sederhana besar.
Inti karipap bila dikeringkan. Nak sedap letak udang kering.
Pergh..tapi laki den tak makan udang plak. Kuciwa
Mengelip karipap. Perlukan kepakaran. Byk kali failed mengelip.
Tapi usaha tangga kejayaan!
Sarapan hari ni. Dah jimat duit. Makan pun puas hati. Boleh makan banyak-banyak.
Baki simpan buat stok. Boleh tahan lama.
Aktiviti memasak hanya terjadi bila hujung minggu jek...
So nak masak sedap-sedap untuk pagi,tengah hari dan petang bila hujung minggu jek..
Nasib baik suami den seorang yg tak cerewet bila bab makan ni...
Hari biasa dia tak kisah makan atau masak apa...
Telur goreng + nasi panas + kicap..
Pun jadi..janji konyang..
Tapi takdelah den hari-hari bagi den makan telur goreng..
Nak paling best sikit telur bistik ke..
Telur dadar gebu gebas ke..
Kalu bosan makan nasi..masaklah megi..ade 2 jenis cara masak..
Megi kuah rajin..atau megi kuah tak rajin...
Beza megi kuah rajin tu potong2 bawang..tambah telur...masuk sayur..
Kalu megi kuah tak rajin tu rebus megi tambah telur..kekekke
Ni sarapan ahad lepas...
Ni versi rajin sebab masak sambal sardin sekali..
Suka masak nasi lemak sebab boleh bawa ke tengah hari..ke makan malam teruih..
Senang cerita...huhuhu
p/s: nasi lemak kalau takde timun mcm tak lengkap kan?!
Semalam kerajinan melampau...
Tersempat buat pavlova..
Sonang jek buat dia...
Sekelip mata tup-tup dah siap...
Telur putih 4 biji pukul sampai kembang...pastu tambah gula castor secawan pukul lagi sampai bahan tu kalau diangkat bertanduk...kira kalau angkat mangkuk tu bahan tu tak jatuh...
kemudian tambah tepung jagung 2 sudu yang dah ditapis..dan pukul sebati...
Tambah pula sesudu cuka makan dengan sesudu essen vanilla kacau sebati..
Tepek bahan tu atas kertas minyak mcm kat atas tu...jgn kasi leper-leperkan kasi tebal2 sikit bila tepek2 tu
Sebabnya nanti dah masak kat tengah tu nanti dia jatuh sikit...
Sebelum tu oven kasi panas dulu dalam 150 darjah selama 10 minit
Masukkan pavlova turunkan suhu seperti diatas dan masak ke 1 jam 20 minit...
Tadaa..dah siap biarkan pavlova tu dalam oven selama 20 minit kasi rehat jap pastu baru kuar..
Kali ni pavlova cantik dari sebelum ni...
Luarnya garing...wewuuwewuu
Ok letak whipped cream non-diary pastu campak2 stroberi..
Napa stroberi mahal bebenor??sepeket RM13
weeelaaaa..mahainyer! ayattakpuashati
Tengok cantik jek.. puuii puji diri sendiri tak tahan
Tapi memang cantik naik pun...kekekee
Omputih kata prektis make perfect..ok dah boleh bukak kedai dah...
Peminat tegar novel....suatu ketika dahulu...tapi sejak ada anak ni...
Kekangan masa...pepagi subuh dah bertolak ke tempat kerja...
9 jam di opis 3 jam perjalanan atas jalan raya...
sampai rumah dah nak maghrib terus mandi makan solat..tolak 1/2 jam...
anak minta dukung main2 sejam...benti solat isyak pastu gosok baju..tolak masa 1/2 jam lagi..
berbaki 11 jam...sambung main dgn anak dalam sejam lagi...
tinggal baki 9 jam...1 jam sebelum tido siapkan pape yg patut...susu pampers anak baju anak..
masuk tido 8 jam...bangun buat rutin yg sama...
tang celah mana nak baca novel?
Setiap kali masuk kedai buku satu atau dua buku pasti disambar...
Jadi macam gambar kat ataslah...dah byk tapi tak tau nak baca bila...hehe
HOBI!
Tertunai hasrat nak makan karipap panas buatan sendiri. Punya lama tertanguh dan kurang keyakinan nak buat karipap buatan sendiri. Sebelum ni bagi duit pada MIL minta tolong buatkan. Ni macam dah segan jer. Ntah mana datang keyakinan, semalam nak buat karipap buatan sendiri juga. Hee..
![]() |
| Kentang semata-mata. Memang ngidam karipap kentang. Sila abaikan kuali yang buruk tu. Dah 4 tahun bersama sejak kahwin. Sayang tau kuali tu. Hihi |
![]() |
| Doh atau kulit karipap. Juga abaikan periuk buruk tu. Susah senang selama 4 tahun bersama periuk tu. Dari zero to hero ;p |
![]() |
| Tadaa...dah siap. Walaupun rupamu tak menawan tapi rasamu menarik perhatianku. |
Disebabkan pertama kali buat. Dan tak reti nak bajet berapa ketul leh dpt untuk 2 orang makan. Jadinya untuk 1kg kampit tepung leh dapat dlm 20+ ikut size. Haa.. Tapi takpe. Buat je byk sebab baki dia leh dijadikan karipap frozen. Leh makan hari-hari sampai muak. Pagi ni pun saya sarapan karipap lagi :D
p/s: resepi diambil dari Resepi Noraini: Karipap Mudah. Ada olahan sedikit mengikut citarasa. Mudah saje...
28 April 2012 ada Ops BERSIH 3.0 kan? Tapi bukan nak cerita pasal BERSIH ni. Nak cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 kat PWTC. Seawal pukul 9.00 pagi dah merempit ke sana. Naik kereta? tidak sama sekali sebab jalan banyak tutup sebab BERSIH ni la. Jalan Istana tutup, Jalan Dewan Bahasa tutup. Kiranya jalan ke arah Dataran semua tutuplah. Motor jek boleh lepas. Kereta semua tersadai tepi jalan. Nak ambil gambar mcm malas sebab tujuan utama nak ke PBAKL. hehe.
Sampai awal, orang pun tak ramai. Tujuan nak cari novel terakhir trilogi Bagaikan Puteri. Musafir Sunan. Tapi hampa. Takde lagi. katanya next week baru ada itu pun hard cover 1000 copy jek. Limited Only! Alahai takde rezekilah. Sebab minggu depan kawan kahwin kat N9 pula tu. So tunggu akhir bulan lah gamaknyer tunggu novel tu. Huu Huu sedih!

Oleh kerana terlampau geram. So mari habiskan duit dengan membeli buku yang lain. OK. Ini semua buku ilimiah en.suami. Saya punya 2 novel, srikandi yang benar dengan majalah impian. Yang lain semua en.suami punya. Dia meyopink alahai kalah orang pompan. Dekat RM200++ lah juga. Takpelah bahan-bahan ilmiah. Tahun depan kita claim tax. Ngahaha
Ahad lepas ada game kat Ulu Yam. Kali ni cuma temankan je en.suami ke sana. Bagi sokongan moral kat dia. HeHe. Orang kata kita perlu join hobi en.suami untuk mengeratkan lagi hubungan. Sangat setuju. Sebab kali ni buat setakat player jer yang main, keluarga pun sama turut serta bagi sokongan kat player dan ada juga game untuk kanak-kanak. Best sangat hari tu. Semua pun sporting habis =) Layan gambar jek lah kan. Penat Ahad tu tak hilang lagi ni. HiHi

Kak Aida & Yasmin

Yasmin

Perbarisan sebelum mula

Kita tengok sapa yang kena!haha

Kawasan larangan

Peta

Bincang strategi
Langgan:
Catatan (Atom)
















































