Tertunai hasrat nak makan karipap panas buatan sendiri. Punya lama tertanguh dan kurang keyakinan nak buat karipap buatan sendiri. Sebelum ni bagi duit pada MIL minta tolong buatkan. Ni macam dah segan jer. Ntah mana datang keyakinan, semalam nak buat karipap buatan sendiri juga. Hee..
![]() |
Kentang semata-mata. Memang ngidam karipap kentang. Sila abaikan kuali yang buruk tu. Dah 4 tahun bersama sejak kahwin. Sayang tau kuali tu. Hihi |
![]() |
Doh atau kulit karipap. Juga abaikan periuk buruk tu. Susah senang selama 4 tahun bersama periuk tu. Dari zero to hero ;p |
![]() |
Tadaa...dah siap. Walaupun rupamu tak menawan tapi rasamu menarik perhatianku. |
Disebabkan pertama kali buat. Dan tak reti nak bajet berapa ketul leh dpt untuk 2 orang makan. Jadinya untuk 1kg kampit tepung leh dapat dlm 20+ ikut size. Haa.. Tapi takpe. Buat je byk sebab baki dia leh dijadikan karipap frozen. Leh makan hari-hari sampai muak. Pagi ni pun saya sarapan karipap lagi :D
p/s: resepi diambil dari Resepi Noraini: Karipap Mudah. Ada olahan sedikit mengikut citarasa. Mudah saje...
0 ulasan:
Catat Ulasan