Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Peminat tegar novel....suatu ketika dahulu...tapi sejak ada anak ni...
Kekangan masa...pepagi subuh dah bertolak ke tempat kerja...
9 jam di opis 3 jam perjalanan atas jalan raya...
sampai rumah dah nak maghrib terus mandi makan solat..tolak 1/2 jam...
anak minta dukung main2 sejam...benti solat isyak pastu gosok baju..tolak masa 1/2 jam lagi..
berbaki 11 jam...sambung main dgn anak dalam sejam lagi...
tinggal baki 9 jam...1 jam sebelum tido siapkan pape yg patut...susu pampers anak baju anak..
masuk tido 8 jam...bangun buat rutin yg sama...
tang celah mana nak baca novel?


Setiap kali masuk kedai buku satu atau dua buku pasti disambar...
Jadi macam gambar kat ataslah...dah byk tapi tak tau nak baca bila...hehe
HOBI!



28 April 2012 ada Ops BERSIH 3.0 kan? Tapi bukan nak cerita pasal BERSIH ni. Nak cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 kat PWTC. Seawal pukul 9.00 pagi dah merempit ke sana. Naik kereta? tidak sama sekali sebab jalan banyak tutup sebab BERSIH ni la. Jalan Istana tutup, Jalan Dewan Bahasa tutup. Kiranya jalan ke arah Dataran semua tutuplah. Motor jek boleh lepas. Kereta semua tersadai tepi jalan. Nak ambil gambar mcm malas sebab tujuan utama nak ke PBAKL. hehe.

Sampai awal, orang pun tak ramai. Tujuan nak cari novel terakhir trilogi Bagaikan Puteri. Musafir Sunan. Tapi hampa. Takde lagi. katanya next week baru ada itu pun hard cover 1000 copy jek. Limited Only! Alahai takde rezekilah. Sebab minggu depan kawan kahwin kat N9 pula tu. So tunggu akhir bulan lah gamaknyer tunggu novel tu. Huu Huu sedih!



Oleh kerana terlampau geram. So mari habiskan duit dengan membeli buku yang lain. OK. Ini semua buku ilimiah en.suami. Saya punya 2 novel, srikandi yang benar dengan majalah impian. Yang lain semua en.suami punya. Dia meyopink alahai kalah orang pompan. Dekat RM200++ lah juga. Takpelah bahan-bahan ilmiah. Tahun depan kita claim tax. Ngahaha



Shopaholic series...selepas baca confession of a shopaholic terus jatuh cintan dgn series shopaholic. Dan semestinya jatuh hati dgn penulisan Sophie Kinsella. Tak sabar nak gaji bulan ni. Nak beli yang lain plak. Haa!
Catatan Lama → Laman utama