Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Seterusnya ke Mines. Jumpa kengkawan satu kelas di Universiti. BFF.
Dah 10 tahun berkawan dengan derang. Suka duka sama-sama.
Yang pakai baju pink tu usna. Tudung biru kak gee hijau na.

Usna nak kawen dah. yeay! plan sebab nak bagi kad kawen lah masa ni.
InsyaAllah hujung bulan ni langsungnya.

Untuk kawan ku semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Tinggal na je lagi.
Ajal Maut Rezeki Jodoh semua dengan kehendak-Nya.

Happy sangat jumpa dengan derang. Kejap jek sebab anak-anak dah mula melalak.
Copy paste muka apaknya. Masham jek mukanyer. Time tido.
Skang susah sangat si kenit ni nak selfie. Bila on camera muncung jek mukanya. Hesyh!

On the way ke rumah abang ipar di Kota Damansara. 
Birthday party anaknya. Ajiq & Wawan.


 Ootd: inner magic(syok weh), shawl sugarscarf, blouse poplook 


Ootd sofea: Baju, seluar & kasut  dari H&M

Sukalah baju dari H&M ni. Cute2 jek bajunya.
Sesuai sangat dengan sofea. Kulit si sofea ni dahlah sensetif. Takleh pakai yg tebal2 melaju je merah kulitnya.
Pakaikan baju ni sejuk je. Seluar jean pun sejuk je. Len kali borong sini je la.
Takmo beli online dah. Gambar lain dapat lain (sesetengah online shop je)


Tak dapat makan puas-puas sangat masa ni. Potong kek pun tak sempat tengok.
Makan-makan pastu minta diri nak ke tempat lain. Berjumpa BFF.
Jalan-jalan ke Melaka..Last minute plan...Asal mereka datang nak ajak ke Midval...Sekali aku ajak ke Melaka...Dah lama nak ke sana...Asyik postpone jek...Layan gambar je la...

Jonker Street

Ready naik beca

Suker














Makan-Makan Ayam Penyet

Sebut pasal Penang, opkoslah pasal makanannya! yummeh2! Nak review sikit tempat makanan best kat Penang. Dan akan repeat ke sana untuk makan aje. Hehe


Gani Femes Pasemboq! Dekat food court Padanag Kota Lama@Esplanade

Sodap menjilat jari. Akhirnya dapat juga makan kat sini :)

2 belah kedai Gani tu ade jual es kacang. Din Ais Kacang

Sodap jugak...ade es krem you!

Restoren Kapitan! betul-betul depan Queensbay Mall

Cubalah beriyani ayam claypot...wajib makan pasti nak ulang lagi!

Sila order roti nan cheese ayam tandoori. Tak rugi mencuba. Memang sedap!

View dari balkoni hotel. Hotel Bayview Beach Resort.

Bye Penang! Ada rezeki kami datang lagi naa...

I'M SORRY!! (ala-ala amirika) heee lama nau tak hapdet belog. Busy?naahh... Malas?? yaa betul.. Kemalasan yang hamat sekarang ni nak hapdet belog. Cerite banyak jek...kita peram2 je la. Buat pekasam...Sedap sikit..hihihi..

Ini cerite 2 minggu lepas...peram baik punya...hehe...macam biasalah mengikut incek suami pi berperang..kali ni jauh yang hamat...nun ke Kuala Rompin. Kalau ikut incek suami berperang opkoslah saya pun bercuti-cutian sekali...walau sekejap tetap dianggap BERCUTI..heee.. 

Tak mau cerite pasal cuti yang singkat sangat tu..sbb takde ape yang best sangat...masa tu demam...ni nak cerite balik dari Kuala Rompin. Biasalah perjalanan ikut Nogori Sembilan. Dah plan baik sebelum ni nak makan udang besau kat Kuala Rompin. Tapi pencadang kene balik awal sebab ada hal. Redho je la. Saje bagi cadangan kat kawan-kawan...pekana masak lomak cili api kat Restoren Warisan. Betui-betui depan Istana Menanti. Apa laei...zasss ke sana.

So cuci mata dengan gambar di bawahlah yer. Gambar boleh menceritakan segala-galanya...ceewaahh...kata jelah malas nak menaip ;p

Siakap 3 Rasa...sodap lagi menjilat jari

Siakap Stim...juling mata makan

Masing-masing update instagramlah..pesbuklah...whatsapp lah

Ayam Masak Kunyit...tu dia cili besau-besau

Tu dia...daging salai masak lomak cili api berasap...nasib baik ni last portion yang tinggal..dapat gak merasa keenakan & kepedasan sehingga membuat lidah menjadi pendek.

Dah semua makanan pedas..kenalah cari yang manis pula kan?tak taulah rasa dia sodap ke tak..sebab ni orang lain punya..hikhik

Haaa.ni lagi buat den terkojut besar...punya besau ABC ni...sampai nak muntah nak habiskan...seb bek  incek suami jek yang order..kongsi-kongsi dengan cik isteri

Tom Yam dia super sedap dan pedas...unik sikit sebab dia masukkan ikan kembung..ehh ikan sardin kot..AM SORRY..saya ni buta ikan...siriyes!

Daging salai masak lomak cili api...2 kali post gambar...maknanya memang sodaplah tu

Total semua adalah RM400++..hehehe...dinasihatkan melihat dulu harga menu sebelum order..ikut nafsu shaiton memang nak itu..nak ini...ok next JJCM ke mana eh?terasa nak makan masakan Pantai Timur plak :)

Jalan-jalan cari makan. Suka sangat dapat makan. Maklumlah dedulu masa kecik-kecih abah dah tanamkan sikap jalan-jalan cari makan. Haa Haa. Kami kecik-kecik dulu, dari ada motor abah bawak 2 trip kalau nak pi makan kat pekan. Mula-mula hantar mak, saya dan adik (masa tu kami kecik lagi). Trip yang kedua plak abang dengan angah. Haa Haa. Gigih abah bawak anak-anak pi makan kat luar. Kemudian dah ade kereta makan jauh sikit. Luar pekan. Kat KKB ke, duit banyak sikit ke KL ke.Oooh. Bila teringat masa kecik best sangat. Walaupun hidup dalam sederhana tapi Alhamdullillah bahagia.

Ok berbalik balik kali ni nak cerita jalan-jalan cari pasal makan kat wangsa maju. Berdekatan dgn NZ Curry House Wangsa Maju. Pertama kali kat sini. En.Suami dah banyak kali sbb ada meeting dgn team paintball dia. Malam tu nak hantar barang kat kawan dia kat sana, terus singgah lepak cadang nak minum jek sebab petang tu dah mkn banyak. Terus terorder makanan. Macam kena pukau. Ini siriyes! Haha ;p


 Ini air suam dengan kekacang. Sambil tunggu makanan siap dihidangkan. FOC aje. Jangan gelabah!


 Haa ini dia menu saya. Lupalah nama menu ni. Spaghetti ni. Ok siyes perut masa ni memang penuh. Macam tak lalu nak telan spaghetti ni. Tapi macam kena pukau lagi. Habis menjilat jarit. Cadang nak share dengan En.Suami tak jadi. Spaghetti sedap sampai lupa nak share. Haha. Ini siriyes! 


Nasi goreng ayam En.Suami. Tak sempat nak rasa dah dibedal habis. Tapi komen En.Suami sedap. Siap nak tapau tapi saya kata jangan...jangan tak tapau. Hehh


Ok kami sebenarnya merasa makanan ala tentera di CT One Forze. Patutlah team en.suami selalu buat meeting kat sini. Sebab masakan tentera. Apa kena mengena dgn paintball ek?Haa Haa. Tak silap tuan restoren ni askar. Tu yang timbul idea kot nak buka restoren masakan ala tentera ni kot. Tapi purata makanan memang sedap. ;)

Semalam ke Sungai Wang buat seluar kerja en.suami kat Cantonna 7. Kedai tu dah lama dah. Dari zaman en.suami sekolah dah tempah kat situ. So alang-alang dah sampai situ mencari pancake durian yang dikatakan sedap sangat tu. Orang katala. So beli 1 pek ada 6 biji kot RM10. Sedap menjilat jari! Bukan cake pun. Dalamnyer isi durian. Kulit dia mcm kulit popia kot. Balut isi durian. Ok boleh repeat beli lagi. Nyum!
Saya dan suami memang pencinta makanan. Gigih kami mencari tempat makanan yang best. Tak kira jauh atau dekat kompem kami sampai. Haa! Minggu lepas, en.suami ajak makan satu gerai kat Wangsa Maju Seksyen 2. Nama gerai tu Kaw Kaw Burger Bakar. Tengok testimoni dari orang ramai macam best. Daging burger dia tebal. Homemade katakan. Kebetulan en.suami off semalam. So laju ler ke sana.



Tak menoleh kebelakang dah masa ni. Pantas. Lepas maghrib terus zass ke sana. Almaklumlah takut orang ramai. Huhuu. Tu seluar baru. Asal beli sebab nak main paitball. En.suami beria ajak. Belum main dah pakai. Kekee. Ehh termelalut plak :p



Haa! ni ler gerainyer. Stall jek. Ke payung jek gerainya. Lupa plak. Tengok menu pergh. Double Happiness. Triple Happines. Set meal pun ade. Tak ingat plak ape yg set meal tu. Saje interview ngan brother yg masak tu. Derang sediakan 100 patty sehari jek. Tak banyak. Sapa cepat dia kenyang. Hehe. Tapi bro tu tunjuk ler daging burger tu. Memang ngancem. Tebal giler. Homemade lah katakan. Meleleh dah air liur tgok burger tu. Pantas kami tapau. Ala Carte Double Happiness satu dan Triple Happiness satu. Ingat nak makan kat situ jek. Tapi table penuh plak. Memang ramai gile orang datang masa tu.



Tgok tebal tak tebal daging tu. Gambar gelaplah plak. Ok siyes sangat sedap. Yang kelakar kami bagi komen macam juri masterchef. Superb. Daging dia sangat empuk dan juicy. Terasa yummeh ok. Sangat berbaloi dengan harganya. Rasa semua cukup. Makan 1 patty jek pun dah kenyang. Ni plak double patty. Bayangkan. En.suami yang tamak order triple pun semput nak habiskan. Kesimpulannya memang berbaloi2. En.suami kata kene makan sebulan sekali je. Lari diet. Ehh tapi daging ni dia grill jek tau. Less oil! Tak menggemukkanlah kot! hihihii
Catatan Lama → Laman utama