Memaparkan catatan dengan label Cuti-Cuti Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti-Cuti Malaysia. Papar semua catatan
Dah lama dok plan nak bercuti...tahun 2013 ni tak meriah sgt nak berholiday..
Anak kecik dan tak reti nak handle kalau dia melalak tengah malam..
Kang orang marah..

Memandangkan suami takde diberikan hadiah..
Mari saya belanje suami bercuti-cuti main air..
Spent quality time dengan family lagi bagus..
Dari materialistik ken..
Semua pun gembira..

So bermulalah percutian kami yang pertama bersama Sofea..
Nebes sangat...yela budak kecik..
Kang letih plak travel jauh2..
Ehh tak jauh pun kat Morib je...
Hihihi
Kalau dia melalak terus balik umah je dokat..

Untuk pertama kali kita pegi dekat2 dulu..test..
Kalau ok baru leh pergi jauh..
Naik kapal terobang..
Tiket incek suami tahun lepas tak guna lagi..
Macam burn jek...takpela takde rezeki..
Tahun ni kene guna..hihih

Mari layan gambar..


Besau bilik dia..cik sofea berlari-lari kesukaan
Ade jacuzi..leh nampak katil

Warming up dulu dalam jacuzi

Redup sikit baru terjun kolam..seb bek cik sofea pencinta air tak takut..
Cuma dia blur sikit apa besau sgt kolam..kolam bilik air kecik jek

Breakfast pagi..pancake jek..
Bukan makan pun di ramas-ramas jek

Lepas breakfast terjun kolam lagi..
Kemain suka main air..air yang dalam plak tu

Alahamdulillah kat hotel dia senang tido..
Risau gaks sebab cik sofea ni tido berbuai..
huuu gabra mak incek kalau dia melalak nak buai..
Seb bek OK sbb bagi dia main sampai penat bagi susu terus tutup mata..
Mak Incek happy!

Sabtu lepas malas gila nak kuar rumah..
Sejak pindah rumah sendiri ni rasa syahdu jek tinggalkan rumah lelama (ayatpenyedapati)
Tetibe little sofea ni hek hok hek hok..
Pantang nampak pintu rumah terbuka melaju merangkak ke pintu..
Pandai ni buat muka kesian..

Ok pung pang pung pang...den kata kat laki mohler kita berjalan..
Memandangkan sudah menjadi warga Kuala Selangor ni...
Mehler kita cari tempat best kat sini..
Nak ke Curve tempat wajib selalu pergi macam bosan giler kentang..
Tak tau ceruk mana nak berjalan lagi..

Tetibe teringat Bukit Malawati..
15 minit je dari rumah..
Dekat dan sep bajet..
hikhok..



 Muka budak terkujat teruk beruk banyak gila kat sini..
Selalu tengok beruk kat henpon ibu jek...kekeke
Gambar beruk tak diambil sebab ibunya takutkan beruk..
Mau tak takut beruk2 ni pandang semacam jek..
Kang dia culik sofea plak..
Mehler peluk sofea kuat-kuat..

Sampai jek Bukit Malawati tu laki den tak bagi naik atas bukit..
Kuciwa..tapi betul jugak kata laki den..
Sofea kecik lagi...tempat tu keras..sebelum apa-apa baik kita elakkan..
Ok mohler cari tempat yg best sikit untuk cik peah ni..


Takdelah best manapun..Taman Alam kat bawah bukit ni jek..
Tempat beruk-beruk bermain..
Banyak sgt beruk-beruk kat sini..
Taman Alam ni ada akurium..
Macam-macam ikan ade..tapi sedeh jek tempat ni..terbiar jek..
Bau busuk plak...kolam ikan berlumut...
Banyak nyamuk..tak bagus untuk baby,bdk kecik mahupun org dewasa...

Tak byk tgkp gmbr pun sbb tgn sibuk dok melibas nyamuk..
Tempat pun mcm seram jek..
Mungkin kami pegi dah petang-petang..so meronda satu kali terus blah..
Bayaran masuk dewasa RM2..kanak-kanak RM1..bolehlah
Jalan-jalan ke Melaka..Last minute plan...Asal mereka datang nak ajak ke Midval...Sekali aku ajak ke Melaka...Dah lama nak ke sana...Asyik postpone jek...Layan gambar je la...

Jonker Street

Ready naik beca

Suker














Makan-Makan Ayam Penyet

Sebut pasal Penang, opkoslah pasal makanannya! yummeh2! Nak review sikit tempat makanan best kat Penang. Dan akan repeat ke sana untuk makan aje. Hehe


Gani Femes Pasemboq! Dekat food court Padanag Kota Lama@Esplanade

Sodap menjilat jari. Akhirnya dapat juga makan kat sini :)

2 belah kedai Gani tu ade jual es kacang. Din Ais Kacang

Sodap jugak...ade es krem you!

Restoren Kapitan! betul-betul depan Queensbay Mall

Cubalah beriyani ayam claypot...wajib makan pasti nak ulang lagi!

Sila order roti nan cheese ayam tandoori. Tak rugi mencuba. Memang sedap!

View dari balkoni hotel. Hotel Bayview Beach Resort.

Bye Penang! Ada rezeki kami datang lagi naa...

I'M SORRY!! (ala-ala amirika) heee lama nau tak hapdet belog. Busy?naahh... Malas?? yaa betul.. Kemalasan yang hamat sekarang ni nak hapdet belog. Cerite banyak jek...kita peram2 je la. Buat pekasam...Sedap sikit..hihihi..

Ini cerite 2 minggu lepas...peram baik punya...hehe...macam biasalah mengikut incek suami pi berperang..kali ni jauh yang hamat...nun ke Kuala Rompin. Kalau ikut incek suami berperang opkoslah saya pun bercuti-cutian sekali...walau sekejap tetap dianggap BERCUTI..heee.. 

Tak mau cerite pasal cuti yang singkat sangat tu..sbb takde ape yang best sangat...masa tu demam...ni nak cerite balik dari Kuala Rompin. Biasalah perjalanan ikut Nogori Sembilan. Dah plan baik sebelum ni nak makan udang besau kat Kuala Rompin. Tapi pencadang kene balik awal sebab ada hal. Redho je la. Saje bagi cadangan kat kawan-kawan...pekana masak lomak cili api kat Restoren Warisan. Betui-betui depan Istana Menanti. Apa laei...zasss ke sana.

So cuci mata dengan gambar di bawahlah yer. Gambar boleh menceritakan segala-galanya...ceewaahh...kata jelah malas nak menaip ;p

Siakap 3 Rasa...sodap lagi menjilat jari

Siakap Stim...juling mata makan

Masing-masing update instagramlah..pesbuklah...whatsapp lah

Ayam Masak Kunyit...tu dia cili besau-besau

Tu dia...daging salai masak lomak cili api berasap...nasib baik ni last portion yang tinggal..dapat gak merasa keenakan & kepedasan sehingga membuat lidah menjadi pendek.

Dah semua makanan pedas..kenalah cari yang manis pula kan?tak taulah rasa dia sodap ke tak..sebab ni orang lain punya..hikhik

Haaa.ni lagi buat den terkojut besar...punya besau ABC ni...sampai nak muntah nak habiskan...seb bek  incek suami jek yang order..kongsi-kongsi dengan cik isteri

Tom Yam dia super sedap dan pedas...unik sikit sebab dia masukkan ikan kembung..ehh ikan sardin kot..AM SORRY..saya ni buta ikan...siriyes!

Daging salai masak lomak cili api...2 kali post gambar...maknanya memang sodaplah tu

Total semua adalah RM400++..hehehe...dinasihatkan melihat dulu harga menu sebelum order..ikut nafsu shaiton memang nak itu..nak ini...ok next JJCM ke mana eh?terasa nak makan masakan Pantai Timur plak :)
Jumaat lepas ke Port Dickson. lepas habis kerja pukul 5 petang zass ke Jusco makan-makan dulu. Heh! Lapar..Exited lama tak cuti-cuti Malaysia dengan En.Suami. Bercuti kat Malaysia juga yang terbaik & terbest. Senang nak cari makan. So check in di Corus Paradise Resort PD. Hajat hati nak check in di Grand Lexis yang orang kata best tu. Tapi fully booked plak.Rata-rata hotel Port Dickson semua fully booked. Try gugel Corus Hotel. Alhamdulillah ada kosong. 3 hari 2 malam di PD. Actually ada tournament paintball. Centaur Charge di Batu 8. So ikut en.suami join sama ke sana sambil berhoneymoon. Miaww! :D

Dinner di Kenny Rogers dulu sebelum bertolak ke PD.

Subhanallah. Matahari waktu pagi. Cantik sangat!

Sebelum usya-usya padang paintball breakfast dulu. Ramainyalah umat breakfast pagi tu. Agak kelam kabut dan byk makanan tak di topup semula. Sad!
  
Buggy sebelum dijahanamkan. Kesian dilanyak

So percutian 3 hari 2 malam walaupun tak menikmati percutian tu best sangat. Rasa nak bercuti lagi. Please en.suami. Nak pegi Penang! Ngeee




Seminggu sebelum perkahwinan adikku, aku pergi Singapura bersama keluarga mertua. Sepupuku kahwin di Jurong West. Pertama kali jejakkan kaki ke Singapura melawat saudara mara di sana. Exited! hehe..Lagi exited sebab nak pergi Universal Studio Singapore tuh...


Ini area apartment makcikku di Jurong. Besar juga apartmentnya dan area persekitaran bersih sangat. Apartment di Malaysia patut contohi kebersihan mereka. Ada hati tu nak beli rumah di Singapore :P


Meriah juga majlis kahwin kat sana. Macam di hotel. Makan bufet. Macam-macam ada ambil. Pop corn pun ade. ngeee..sempat tapau pop corn masa nak balik tu. Lepas tu sesi bersalam kenal makcik-makcik kat sana..huehue


 Ini dekat rumah Wak Kun. Sedara sebelah mak mertua. Best gila kat sini. Aman damai je.


OTW ke Geylang...nak sopink katanya. Ikutkan aje.


Dalam perjalanan tu, terjumpa banyak lori kecil ni. Tak tau apa ni. Bas ke?


Cuci mata jer. Tak beli apa-apa pun. MIL yang menyopink jubah. Cantik-cantik juga blouse dgn jubah sini. Majoriti area sini melayu. So nak tawar menawar bolehlah berbahasa melayu. Heee.

Next time akan repeat balik ke sini. InsyaAllah. Tapi ke USS kot. Ngee!


*next entry ke USS plak


Catatan Lama → Laman utama