Baru balik dari bandung. Best sangat sopink! siyes tak penah rasa sopink yg sgt hebat. Lupa segala masalah di Malaysia. 4 hari 3 malam macam tak cukup jer. Kali ni trip bebudak opis yang otak semua gila-gila. Jadi gila pergi dengan derang ni. Malas nak ckp banyak layan gambar je lah yer. =)


Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu


Sari Ater Hot Spring Resort. Rendam kaki kat air panas. Penat berjalan sopink kot! =)


First Factory Outlet kami pergi. Bengong2 lagi masa ni sbb penat kot!


Kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu


Tangkuban Perahu


Group orang bujang. Padahal 3 dah kawen 3 lg bujang pun


Tu dia barang2 kami. penuh!


Ni kami sampai hari pertama.

Saya cadang pada kawan-kawan nak pegi sopink semata-mata bawak dalam RM2k. Cukup dah untuk diri sendiri. Kalau nak bagi souvenir untuk kawan/family. Bawak lebih sikitlah. Kejap jek abes tak sedar. Dan sila tinggalkan dlm poket 75,000 rupiah untuk tax di airport masa nak balik. Dan 200,000 rupiah untuk wrapping brg2 yang dibeli. Nak selamat pergi sehelai sepinggang ke sana. Bwk beg besar kosong. So sumbat2 jek brg2 yang sopink dalam beg. Takdelah kene bayar. Tips: sep bajet untuk byr tax ;p








Usai solat sunat subuh, sementara menunggu untuk solat berjemaah,aku teringat hadis daripada Nabi Muhammad saw, tentang kelebihan solat sunat sebelum subuh.

Subhanallah, baiknya Allah swt kepada kita, ganjaran yang diberi sangat banyak, tidak ternilai dengan dunia ini walau sedikit pun. Dengan sedikit amalan yang kita buat, ganjarannya berlipat kali ganda.

Sudahkah Aku Berterima Kasih ?

Pernahkah kita terfikir, layakkah kita untuk menerima ganjaran daripada ALLAH swt, sedangkan segala apa yang kita miliki hari ini, bukankah dari ALLAH swt ?. Pakaian, makan, tempat tinggal, harta, wang ringgit, keselesaan, kecerdikan diri, kesihatan dan banyak lagi nikmat yang kadang-kadang kita sendiri pun terlupa. Bukankah status kita sebagai hamba ALLAH swt, sepatutnya kita membalas segala apa yang ALLAH swt berikan kepada kita dengan melakukan ketaatan berterusan kepadanya, tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran walaupun secebis.
Maha pemurahnya Allah swt, Maha Penyayangnya Allah swt, Allah swt tetap memberikan ganjaran kepada setiap amalan kita, walaupun sepatutnya, kita tidak layak sedikit pun, untuk menerima apa-apa ganjaran daripada Allah swt.

Sudahkah Aku Berterima Kasih ?

Kadang-kadang diri terleka, hanyut dengan arus dunia, cabaran dan dugaan yang datang silih berganti, mencabar kekuatan diri. Satu ketika, solat diringan-ringankan, maksiat dilakukan tanpa rasa bersalah, perkara mungkar dibiarkan sahaja berlaku, tanpa ada rasa benci sedikit pun, aku terlupa status sebenar sebagai seorang hamba kepada yang Maha Esa. Ampunkan aku, Ya Allah, atas segala kekhilafan diriku ini.

Aku juga selalu terlupa, segala amalan yang aku lakukan ini, tidak pernah sedikit pun akan dapat membalas segala nikmat yang engkau berikan, hatta kurniaan sepasang mata ini pun, tidak dapat dibalas oleh hambamu ini, Ya Allah.

Ya Allah, walaupun dosaku bergunung-gunung banyaknya, tidak terbilang kiranya, dan aku sering sahaja melakukan dosa, tetapi engkau, Ya Allah, masih sudi nak mengampunkan dosa hambamu ini, yang memang sering melupakanmu.

Maka, sudahkah aku berterima kasih kepadamu, Ya Allah, atas segala yang engkau berikan. Pasti belum cukup, Ya Allah, tapi aku berazam akan berusaha sebaik mungkin, untuk terus berada dalam ketaatan kepadamu, agar aku diterima menjadi hambamu, yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepadamu.

- Artikel iluvislam.com


Lama tak hapdet blog. Kemalasan melampau tahap maksima..huhu..jom terbang ke Hong Kong. Nak cerita sikit pasal Hong Kong. Pergi 4 hari 3 malam jek. Banyak tempat gak tak pergi sebab kesuntukan masa. Tambah2 masa banyak dgn amik MTR.

Hari pertama opkos lah check in dulu di Hotel Stanford, Mongkok. Saja amik area ni sebab ditengah-tengah MTR. Senang nak ke belah utara dan selatan. Tapi mcm payah nak cari halal food kat sini. Tapi dah bawak siap-siap makanan dari Malaysia 1 beg. Dah tau susah nak cari makan kat sana. So kami bawak roti, biskut, megi. Haha. Sep bajet. Kata nak berjalan-jalan apa barang jalan-jalan cari makan kat HK. ;p Layankan ajelah gambar2 yer. Malas nak taip. Huhu.





Layan pertunjukan Arena of Star! Cantik :)
Ada Wifi free. Laju melaju kat sini yer. Suker!




Ladies Market!


Tengok Mickey and Friend kat Disneyland. Pergh best! Nak pergi lagi!


The Peak! ada impianku tertulis disitu :)

Disneyland!!! Suke sangat! Tahun depan datang lagi kalau ada rezeki :)



Bye2 Hong Kong! Kami akan datang lagi :)



Alhamdulillah. Rumah dah naik. Tahun depan dah boleh pindah ke rumah sendiri.
Syukur! Ops...loan rumah pun dah start kene bayar dah :P



Lepas tengok rumah wajib singgah e@Curve. Makan laksa asam Ah Cheng.
Sodap!!



Terbeli plak Marimor ni. Cute jek dalam botol. Harga yang kecik ni dalam RM35.
Marimor ni boleh membesar dan hidup lama. Setahun dia boleh membesar 5mm jek. :p



Bye Malaysia!


HELLO TO.............
-
-
-
-
-

-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
HONG KONG DISNEYLAND!


Alhamdulillah, 23 Disember aritu genap usia en.suami berusia 29 tahun. Huahua...Tahun depan 30. Macam Tak percaya pula dah masuk 30 tahun. Tapi saya muda lagi. Haha...Itu baiknya kalau kahwin dgn org yg lagi berusia. Tak terasa sangatkan? :p

Tak ada celebrate ape sangat. Tgh kumpul duit nak g Hong Kong minggu depan. So sambut ala kadar jer. Belikan bunga + soft toy aje. Buat surprise skit kat en.suami. Kebetulan masa tu en.suami masuk shift petang. So order online minta hantar sebelum pukul 2 petang. Hikhik.



Belikan kek pun tak. Rasa bersalah plak. So esok harinya, masaklah yang best2 skit. Buat Nasi Arab dengan Chicken Tikka. Alhamdulillah. Tertunai niat nak celebrate besday en.suami walaupun ala kadar je.



Sekarang mood tak sabar untuk bercuti ke Hong Kong. Tahun depan. Minggu depan. 6 Hari lagi. Tak sabar nak siapkan tender ni. Ok chiau!
Saya dan suami memang pencinta makanan. Gigih kami mencari tempat makanan yang best. Tak kira jauh atau dekat kompem kami sampai. Haa! Minggu lepas, en.suami ajak makan satu gerai kat Wangsa Maju Seksyen 2. Nama gerai tu Kaw Kaw Burger Bakar. Tengok testimoni dari orang ramai macam best. Daging burger dia tebal. Homemade katakan. Kebetulan en.suami off semalam. So laju ler ke sana.



Tak menoleh kebelakang dah masa ni. Pantas. Lepas maghrib terus zass ke sana. Almaklumlah takut orang ramai. Huhuu. Tu seluar baru. Asal beli sebab nak main paitball. En.suami beria ajak. Belum main dah pakai. Kekee. Ehh termelalut plak :p



Haa! ni ler gerainyer. Stall jek. Ke payung jek gerainya. Lupa plak. Tengok menu pergh. Double Happiness. Triple Happines. Set meal pun ade. Tak ingat plak ape yg set meal tu. Saje interview ngan brother yg masak tu. Derang sediakan 100 patty sehari jek. Tak banyak. Sapa cepat dia kenyang. Hehe. Tapi bro tu tunjuk ler daging burger tu. Memang ngancem. Tebal giler. Homemade lah katakan. Meleleh dah air liur tgok burger tu. Pantas kami tapau. Ala Carte Double Happiness satu dan Triple Happiness satu. Ingat nak makan kat situ jek. Tapi table penuh plak. Memang ramai gile orang datang masa tu.



Tgok tebal tak tebal daging tu. Gambar gelaplah plak. Ok siyes sangat sedap. Yang kelakar kami bagi komen macam juri masterchef. Superb. Daging dia sangat empuk dan juicy. Terasa yummeh ok. Sangat berbaloi dengan harganya. Rasa semua cukup. Makan 1 patty jek pun dah kenyang. Ni plak double patty. Bayangkan. En.suami yang tamak order triple pun semput nak habiskan. Kesimpulannya memang berbaloi2. En.suami kata kene makan sebulan sekali je. Lari diet. Ehh tapi daging ni dia grill jek tau. Less oil! Tak menggemukkanlah kot! hihihii
Catatan Lama →