Memaparkan catatan dengan label Sambutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambutan. Papar semua catatan
Dah lama dok plan nak bercuti...tahun 2013 ni tak meriah sgt nak berholiday..
Anak kecik dan tak reti nak handle kalau dia melalak tengah malam..
Kang orang marah..

Memandangkan suami takde diberikan hadiah..
Mari saya belanje suami bercuti-cuti main air..
Spent quality time dengan family lagi bagus..
Dari materialistik ken..
Semua pun gembira..

So bermulalah percutian kami yang pertama bersama Sofea..
Nebes sangat...yela budak kecik..
Kang letih plak travel jauh2..
Ehh tak jauh pun kat Morib je...
Hihihi
Kalau dia melalak terus balik umah je dokat..

Untuk pertama kali kita pegi dekat2 dulu..test..
Kalau ok baru leh pergi jauh..
Naik kapal terobang..
Tiket incek suami tahun lepas tak guna lagi..
Macam burn jek...takpela takde rezeki..
Tahun ni kene guna..hihih

Mari layan gambar..


Besau bilik dia..cik sofea berlari-lari kesukaan
Ade jacuzi..leh nampak katil

Warming up dulu dalam jacuzi

Redup sikit baru terjun kolam..seb bek cik sofea pencinta air tak takut..
Cuma dia blur sikit apa besau sgt kolam..kolam bilik air kecik jek

Breakfast pagi..pancake jek..
Bukan makan pun di ramas-ramas jek

Lepas breakfast terjun kolam lagi..
Kemain suka main air..air yang dalam plak tu

Alahamdulillah kat hotel dia senang tido..
Risau gaks sebab cik sofea ni tido berbuai..
huuu gabra mak incek kalau dia melalak nak buai..
Seb bek OK sbb bagi dia main sampai penat bagi susu terus tutup mata..
Mak Incek happy!

Harijadi asbenku yang ke 31....siyes ke dah 31 tahun...macam tak percaya je...
Awal-awal bagitau takde hadiah..
Hadiah seperise...nanti-nanti bagi...

Besdaynya 23 Dec haritu...tapi sambut 24 Dec..lambat sehari oklah kan..
Mari melayan tekakku kat Bulgogi Brothers kat Curve...
hahhaa...

Kalau tanya dia nak makan apa..kompem2 Tony Ramas...
Hahaha...
Masuk-masuk blur sikit nak makan ape yg sodap...
Dengar2 kata Beef Bibimbap sodap..
Incek suami oder Chicken Kimchi Stew..


Ini lah rupa Beef Bibimbap yang dah digaul...Sebelah tu incek suami punya...disediakan sekali nasi putih...
Dap..Dapp...

Ini sebenarnyakan tak tau sampingan ke ape..dapat sekali masa order makan.

Si kenit yang sibuk nak makan jugak..ok mari suapkan nasi kosong je kat dia..
Terkejut sbb banyaknyer dia makan..
Nasi rasa pulut-pulutkan sodap..nak bagi lauk semua masam dan pedas-pedas sikit...


Ni la Big Boy tu...selamat harijadi incek suami..sayang kamu ketat-ketat..










Copy paste muka apaknya. Masham jek mukanyer. Time tido.
Skang susah sangat si kenit ni nak selfie. Bila on camera muncung jek mukanya. Hesyh!

On the way ke rumah abang ipar di Kota Damansara. 
Birthday party anaknya. Ajiq & Wawan.


 Ootd: inner magic(syok weh), shawl sugarscarf, blouse poplook 


Ootd sofea: Baju, seluar & kasut  dari H&M

Sukalah baju dari H&M ni. Cute2 jek bajunya.
Sesuai sangat dengan sofea. Kulit si sofea ni dahlah sensetif. Takleh pakai yg tebal2 melaju je merah kulitnya.
Pakaikan baju ni sejuk je. Seluar jean pun sejuk je. Len kali borong sini je la.
Takmo beli online dah. Gambar lain dapat lain (sesetengah online shop je)


Tak dapat makan puas-puas sangat masa ni. Potong kek pun tak sempat tengok.
Makan-makan pastu minta diri nak ke tempat lain. Berjumpa BFF.

Ketika Syaaban, Saidatina Aisyah r.a. menyatakan  Rasulullah SAW banyak berpuasa dan memperbanyakkan amal kebajikan dan ibadat kerana dalam bulan Syaaban adalah sebagai latihan melawan nafsu untuk menuju kepada ujian yang lebih besar iaitu bulan Ramadan.
Berikut ana catatkan ringkasan amalan-amalan dan puasa sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Syaaban. Sesamalah kita sedaya upaya cuba mengamalkannya..

Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Berpuasa sunat.
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah.
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Memohon keampunan ibu bapa.
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.


Puasa Syaaban Dan  Fadilatnya
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”   (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:

1.   Berpuasa sehari.
a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b.  Dimasuk syurga
c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,
b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .
c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3.  Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 
a.  Di ampunkan oleh Allah.
b.  Diberkatikan rezeki.
c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4.  Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5.  Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6.  Berpuasa sebulan.
a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,
b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e.  Diwajibkan masuk ke syurga.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT.

Oleh;
2 Syaaban 1432H

credit to Shafiqolbu
Adikku yang bongsu sudah kawen...Alhamdulillah...bertambah lagi keluarga Pak Din. Tinggal sorang jek yang belum kahwin..Angah..Memilih katanya. Takpelah kalau ada jodoh tak kemana. Semuanya berjalan dengan lancar. Sekali lafaz Alhamdulillah adikku dah jadi suami orang. Macam tak percaya pula. Sebak sikit sebab awah mak tak dapat bersama-sama kami. Al-Fatihah untuk beliau.


Masa menepung tawar, aku sedih sangat. Sedih gembira dan tak tahu nak gambarkan perasaan aku masa tu. Tapi cepat-cepat aku kontrol balik. Semoga adikku dan isterinyer berbahagia hingga akhir hayat. Cepat-cepat bagi kakakmu anak buah yer ;)
Bila time rajin macam-macam nak hapdet. Bila kemalasan macam-macam alasan bagi. Tapi ikut suka tuan tanahlahkan. Nama pun tuan tanah. Sukati lah nak membajak ngan membaja pun. Haa Haa. Ok full stop! nak cerita sikit. Semalam, 28 tahun yang lepas. Lahirlah seorang puteri yang ditunggu-tunggu pak din + mak mah. Impian mereka untuk menimang puteri tercapai setelah lahirnya baby yang sungguh comel dan debab. Disebabkan kededabannya (ade ke perkataan ni?hantam saja) mak mah terpaksa mengorbankan perotnya yang cantik itu untuk dibelah. Demi puteri tersayang mak mah sanggup berkorban apa saja. Dan disebabkan perot terbelah, so ambil masa yang lama untuk sembuh. See! Betapa besarnya pengorbanan ibu tercinta melehirkan anak.

Oke. Sekarang masuk point utama. Puteri tu adalah saya. Haa Haa. Semalam besday saya ke 28 tahun. Akhir 20-an sudah. Takpe. Hati masih muda belia lagi. Tak perlu takut. Cuma amalan. Haa! takut. Banyak buat dosa lagi ni T_T. Tak sambut apa-apa pun. Hadiah pun tak dapat. Sebab dah byk dpt advance present dari en.suami. So taknaklah susahkan dia. Janji dia ingat dan beromantika cukuplah. Gedix! Selamat hari jadi...selamat hari jadi..selamat hari jadi =)
Alhamdulillah, 23 Disember aritu genap usia en.suami berusia 29 tahun. Huahua...Tahun depan 30. Macam Tak percaya pula dah masuk 30 tahun. Tapi saya muda lagi. Haha...Itu baiknya kalau kahwin dgn org yg lagi berusia. Tak terasa sangatkan? :p

Tak ada celebrate ape sangat. Tgh kumpul duit nak g Hong Kong minggu depan. So sambut ala kadar jer. Belikan bunga + soft toy aje. Buat surprise skit kat en.suami. Kebetulan masa tu en.suami masuk shift petang. So order online minta hantar sebelum pukul 2 petang. Hikhik.



Belikan kek pun tak. Rasa bersalah plak. So esok harinya, masaklah yang best2 skit. Buat Nasi Arab dengan Chicken Tikka. Alhamdulillah. Tertunai niat nak celebrate besday en.suami walaupun ala kadar je.



Sekarang mood tak sabar untuk bercuti ke Hong Kong. Tahun depan. Minggu depan. 6 Hari lagi. Tak sabar nak siapkan tender ni. Ok chiau!
Beraya dirumah kak mimi. Nun jauh di Serendah..jauh hokkey..tapi nak berjalan punya pasal sanggup ku redah.


On the way ke rumah kak mimi.

Jalan jem hamat semalam.Plus dari utara masuk ke tol duta panjang sampai atas bukit. Dari tol duta ke utara jalan cantik tak jem. Tapi exit ke Rawang..MasyaAllah...jem hamat. Dari tol Rawang ke bandar Rawang pun sama sampai ke area Bukit Beruntung. Lepas tu jalan dah clear.



Lapar tahap cipan masa ni. Sampai-sampai je mestilah bersalam-salam dgn tuan rumah dulu. Hehe. Tunggu tuan rumah kata "Jemput Makan" pe lagi kan. serbu terus. Lupa nak ambil gambar makanan. Sebab lapar sangat. Menu: Nasi beriyani+sambal ayam+dalca+acar+pulut kuning+rendang+nasi impit+kuah kacang dan banyak lagi. Sedap!




Lepas makan acara bergosip. Haruslah kan..haha Takde gosip pun cuma bertukar pendapat hal masing-masing. End up pukul 7 petang bertolak balik ke KL. Next year insyaAllah rumah saya & kak mimi siap. So nak beraya nanti taklah jauh. Selang dua baris jek. Rumah pun dah banyak naik. Alhamdulillah.
Kembali berkerja setelah seminggu lebih bercuti raya. Cuti raya tahun ni bosan sedikit. Kenapa eh?! Hurm...sbb sedih dah 3 tahun masih tiada cahaya mata lagi. Mengeluh? Mungkin. Tapi redha sahaja. Itu lebih baik. Dia yang mengetahui segala2nya. Seperti biasa raya pertama di Tg Malim. Raya keempat ke Sg. Rambai. Tahun ni tak beraya di Kuala Selangor sbb ramai yang takde.

Bawak Najmi & Jirah beraya di Melaka. Terubat sedikit hati yang sunyi ni. Orang beraya dgn anak sendiri. Tapi aku menumpang kasih anak orang. Setidak-tidaknya mereka boleh berjalan-jalan sambil kumpul duit raya. Gembira betul mereka. Yela dapat berjalan.

Apa-apapun beraya kali ini Alhamdulillah. Beraya sederhana tapi bersyukur.

Alhamdulillah..setiap tahun bulan puasa akan dapat merasa bubur lambuk ni. Baru semalam teringin nak makan. Hari ni dapat merasa. Syukur Alhamdulillah.


XoXo
Published with Blogger-droid v1.7.4
Dah lama tak bermadah helah kat sini...puasakan...berdiam lebih baik...kang berkata-kata terkeluar pula benda-benda yang bikin menipiskan pahala...isk..isk..isk..Hari ni 8 aribulan 8 kan?woott..woott...ada 8 hari lagi bikin menggoyahkan perasaan ini 3 tahun yang lalu. Sebab apa?sebab tarikh tu tarikh keramat sekali dalam hidupku sah menjadi isteri kepada Mr.LeeNaz...ehemm...ehemm...pak..pak..kebung..kebung...meriah ok kompang masa tu....tapi series tak dengar bunyi kompang tu...bunyi jantung lagi kuat kot masa tu...gedebak..gedebak..gedebuk...gedebuk...haish...toreh guna pisau makcik yg merewang tu pun belum tentu darah keluar...muka ketat...takut...nak senyum pun tak reti masa tu..takpelah...next entry lah ku ceritakan pengalaman berkahwin ni...ade keje banyak nak settlekan...tapi almaklumlah tetibe kebosanan tu menaip kat sini..Adios...

XoXo


XoXo
Selawat & Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...









notakaki: Ya Allah....aku ingin melangkah ke syurga bersama-sama Rasulullah..tapi layakkah aku??
Catatan Lama → Laman utama