Memaparkan catatan dengan label Sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sakit. Papar semua catatan
Pernah dengar tentang Ovarian Cysts ni..Mungkin ada di antara kita yang kurang faham lagi tentang OC ni walaupun telah ramai di antara kita yang kena benda ni terutamanya bagi kaum wanita.

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.



Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi. (aku dlm kategori ini)

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.


ehsan dari http://www.aleyanazuriq.com/2010/01/ingin-tahu-apa-itu-ovarian-cysts.html
Lama menyepi sbb byk hal yg berlaku akhir2 ni..minggu lepas buat laparoscopy surgery buang cyst. Patut selama ni asyik sakit bawah abdomen. Rasa penuh jek bwh abdomen ni dan kalau terhentak sakit-sakit sengal. Alhamdulillah dapat kesan awal. Tapi sebelum ni usaha di LPPKN doktor situ tak cakap apa pun. Semua ok dan suggest proceed buat IUI. 3-4 kali cucuk ubat hormon telur masih tak matang dan membesar bagaikan juara. At last kawan nasihatkan berjumpa pakar yg lain. Di Damai Service Hospital jumpa dengan Dr. Mahes.

Sabtu lepas pagi-pagi pergi hospital tersebut. Almaklumlah separuh hari dan takut ramai org dtg. Memang betul ramai yg dtg hari tu. Nasib baik dpt no 3. So seperti biasa aku buat ultrasound. Ok serius aku dah takde rasa malu untuk buat ultasound tu. Aku pasrah sebab kali ni nekad. Biarlah doktor periksa apa masalah aku sebenarnya. Akhir2 ni rambut gugur byk sungguh. Bawah abdomen sebelah kiri pun ada rasa sakit sengal-sengal.

Dan akhirnya dikesan terdapat ovarian cyst dikedua-dua belah ovari aku. Tapi sebelah kiri banyak. Terkejut dan ada rasa sedih. Tapi aku bersyukur, at least aku tau apa penyakit aku sekurang-kurangnya. Dan aku boleh merawatnya. Syukur tak terkata masa tu. Doktor suggest buat laparoscopy surgery.

Selasa buat appointment dengan doktor, terus buat persiapan masuk OT. Mr.Leenaz banyak membantu dan memberi semangat kat aku. Ya Allah syukur sgt mempunyai suami yg bertimbang rasa dan sentiasa memberi semangat. Susah senang bersama-sama. Demi memperolehi cahaya mata wang ringgit bukanlah ukurannya.

Selesai OT, sedar-sedar aku dh ada dalam wad. Alhamdulillah masih bernafas lagi. OK walaupun minor operation tapi serius aku amat takut utk melaluinya. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaanku sebelum masuk OT. Sekarang masih bercuti dan duduk diam dirumah. Doktor bagi MC 2 minggu. Dan sangat bosan duduk dirumah. Nak masuk kerja awal Mr.Leenaz tak bagi. Hurm apa nak buat. Memasak pun tak boleh. Mnegemas rumah pun pergerakan terhad. Ujian dariNya. SYukur Alhamdulillah.


p/s: next entry nanti nak cerita skit apa itu ovarian cyst.

Penah rasa tak bila memandu tetibe mata ni sayu-sayu jek. Nguap macam nak terkoyak mulut ni? Tulah yg terjadi kat aku. Baik waktu pagi nk ke opis atau balik kerja. Ya Allah, hazabnyer. Alhamdulillah setakat ini masih dlm kawalan. Oleh disebabkan mengantuk yg hamat ni, aku ambil langkah pencegahan. Tu dia bekalan aku utk menguyah bila ngantuk masa memandu. Gegule beraneka jenis dan rasa. Masam ada, rasa mint ada, kelat2 pun ada. Nak ke surau jap. Ngantuk lak x cukup tido kene gangguan malam td. Ahaks

XoXo
Published with Blogger-droid v1.7.2
Mula-mula panas badan...esok bangun pagi tekak perit yg hamat....tengah hari buta berpanas naik motor dari Sungai Besi - Taman Connough - Sungai Besi....pastu Sungai Besi - Jalan Ampang semata-mata nak betulkan IC ASB...eeeeiiii...nak marah orang yg buat buku ASB tu pun takleh...sebabnyer aku pun tak double check masa dia buat.. T_T

Malam tu ke Shah Alam - Damansara Utama pula..ambil barang-barang berperang en.suami...balik dah dkt pukul 11 malam...ajak en.suami terus ke klinik panel yg berdekatan...badan dah panas..kepala dah ting tong...tunggu doctor tukar shift(klinik 24jam) pula...sudahnya dah pukul 12 tgh malam...minta MC utk hari tu...

Tapi aii pekerja berdedikasi...pepagi tu bangun kerja hokkey walaupun dh lemah giler...minta en.suami jek yg cuti...minta tolong hantarkan ke opis...ghahaha...gatai...tak larat ler nk drive ke opis....

Ni dah hari ke-3 demam+selsema+sakit tekak+batuk tak kebah2....dada ni dah sakit sgt...batuk tak hengat dunia....sengsara sgt...suara pun dh mcm jantan...
Catatan Lama → Laman utama