Memaparkan catatan dengan label Dugaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dugaan. Papar semua catatan
Lama tak menjengah sini...belai2 sini...baca blog orang rajin...baca blog sendiri..alahaii..lahaiii..sedihnya...hampir setengah tahun tak catat apa-apa kat sini...macam-macam perkara terjadi 5 bulan kebelakangan ni...semua dah tertulis sejak azali...ada kisah suka...kisah duka...semua terpahat di hati...nak cerita satu persatu memang tak terluahlah kan.

Hidup perlu diteruskan...sekarang baru sedar (dah lama sedar tapi tak insaf-insaf juga) masa sangatlah cemburu...ada ke masa cemburu?perumpamaan je...hakikatnya...masa takkan berundur kebelakang dan kita takkan dan tak boleh perbaiki segala kekesalan yang lepas...apa yang penting buat masa ni...waktu ini...pengalaman lepas mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari masa lalu....hargai apa yang kita ada sekarang...sayangi keluarga, jiran, kawan-kawan dan sewaktu dengannya...kalau mereka sakitkan hati kita...maafkan...kalau mereka memerlukan pertolongan tolonglah sedaya yang mungkin. Sebab bila mereka pergi atau kita yang pergi dulu...menyesal kemudian hari..tidaklah berguna..

Badan ni makin tua kurasakan...dah 30 tahun mengembara di dunia ni..apa yang ku cari?untuk apa ku hidup?pada siapa ku ingin mendakap?untuk apa ku mencari harta? untuk siap harta ni akan ku tinggalkan?harta apa pula yang ingin bawa ke sana nanti?Allahuakbar....

Ntah apa yang ku repekkan petang-petang ni...tapi sejak pemergian angahku...hati aku terdetik dengan soalan-soalan tu...aku jadi keliru...aku mencari jawapan untuk soalan-soalan itu...ku bersujud...mengalir air mataku...moga Dia memberikanku sedikit ketenangan...ketenangan yang ikhlas...ku perlu berusaha keras mencari ketenangan itu.

p/s:moga ku diberikan istiqomah menjalani
Assalamualaikum....Rindu nak membebel kat sini...Banyak yang hendak ditulis...tapi apakan daya masa terhad...Diluar tengah hujan sekarang...Hujan rahmat...Alhamdulillah syukur...Sekian lama bumi Allah panas...akhirnya hujan turun pada hari ke-26 Ramadhan...banyak sungguh nikmat diberikan olehNya...tapi aku selalu melupakanNya....dalam hati ni terasa banyak dosa yang dilakukan setiap hari...Hurmm...banyak dosaku lakukan...setiap kali beristighfar semakin rasa Ya Allah..adakah kau akan mengampunkan aku?Tak tau kenapa...sejak akhir-akhir ni aku agak emo..setiap perkara aku mudah tersentuh...setiap doa kutitipkan akan menumnpahkan air mata...air mata meminta..merayu dipohonkan doaku...kadang-kadang air mata sedih bila melihat kesusahan orang lain...kadang-kadang air mata mengalir bila aku tidak dapat membahagiakan orang-orang tersayang disekililingku...

Sungguh mudah air mata ini mengalir...ia akan mengalir bila sedara Islam ditindas....hati aku memberontak...aku ingin menolong mereka...tapi bagaimana caranya?hanya doa yang dpt kutitipkan pada saudara-saudara Islamku yang dizalimi...Moga Allah sentiasa melindungi kalian...bersabarlah saudara-saudaraku...derita didunia hanyalah sementara..yang kekal hanyalah disana...nasib aku belum tentu lagi...bahagia disini..disana bagaimana?aku tidak rela...tapi aku tau aku tak layak untuk masuk ke syurgaMu Ya Allah...

Coretan kali ni agak melankolik...mungkin kerana minggu akhir berpuasa untuk tahun ini...raya tahun ni biasa-biasa sahaja ...tiada yang menarik...jadi persiapan tahun ini ala kadar...insyaAllah lain tahun jika ada jodoh aku akan bertemu kembali denganmu Ya Ramadhan....InsyaAllah...





Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,
Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.
Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.

Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?
Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.

Biodata Penulis

Aina Hafiza Hamzah Merupakan seorang pelajar dalam bidang komunikasi Universiti Utara Malaysia (Program Luar Kampus. Beliau berkongsi karya di http://unggupurple.blogspot.com.

Hilang lagi...sama-sama kita doakan agar adik Siti Nur Fatihah Mahadi dijumpai dalam keadaan selamat ke pangkuan keluarga tercinta. Bila dengar budak hilang berdebar-debar pula. Bukan apa. Walaupun aku tiada anak, tapi aku punya anak saudara yang masih kecil. Yang lemah kudratnya untuk melawan penculik/penjenayah. Ya Allah, jauhkanlah aku, saudaraku, dan masyarakat disekelilingku dengan kejadian sebegini. Selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.
Sejak akhir-akhir ni hati cepat sgt tersentuh bila terbaca tentang penderitaan keperitan hidup orang-orang tua yang ditinggalkan anak-anak dan penderaan terhadap kanak-kanak kecil baik ibu bapa kandung mahupun tiri. Dunia sekarang sangat zalim. Tiada perikemanusian langsung. Bukan nak tuju pada sesiapa. Ini bercerita secara general sahaja. Setiap hari ada saja cerita yang menyentuh hati ni.

Kalaulah mereka tahu betapa KOSONGnya hati ini bila tiada ayah dan ibu untuk dibelai dan dimanja. Kalaulah mereka tahu betapa SEPInya kala tiada gelak tawa kanak-kanak disisi. Mereka tak tahu. Hanya segelintir orang sahaja yang merasai dan akan berkata bertuahnya mereka masih ada ibu bapa...dianugerahkan anak-anak..mereka tidak tahu betapa berharganya MEREKA-MEREKA itu.

Adakah ini tanda-tanda kecil kiamat di antaranya hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa) dan tidak amanah dan zalim. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang menzalimi diri sendiri. Nauzubillahi minzalik.
Hari ni 1 Oktober kan? Ya Allah pantasnya masa berlalu. Kelip-kelip buka mata dah masuk bulan Oktober. Almhamdulillah masih lagi bernafas dibumi Allah yg indah ini. Bersyukur sangat. Pagi-pagi lagi dah bangun solat pastu sediakan sarapan tuan besar. Hari ni tuan besar ada game kat tempat biasa Tanamera. Celik-celik dah ternampak ada cek atas meja makan. Sykur Alhamdulillah payment dah masuk. Rezeki lebih. Betul janji Allah. Kita bagi 1 dipulangkan 10.


Surah Al Baqarah,Ayat 245:
"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."



Pagi-pagi dah bagi tazkirah..Bukan apa hari ni ada sedikit perasaan gembira. Alhamdulillah diberi perasaan ini. Tak ada sebab pun cuma mood ada terang benderang :) Lupa pula..kesenangan pun adalah ujian dari Allah. Mari ucapkan Almdulillah!


p/s: "Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah"
Pernah dengar tentang Ovarian Cysts ni..Mungkin ada di antara kita yang kurang faham lagi tentang OC ni walaupun telah ramai di antara kita yang kena benda ni terutamanya bagi kaum wanita.

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.



Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi. (aku dlm kategori ini)

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.


ehsan dari http://www.aleyanazuriq.com/2010/01/ingin-tahu-apa-itu-ovarian-cysts.html
Lama menyepi sbb byk hal yg berlaku akhir2 ni..minggu lepas buat laparoscopy surgery buang cyst. Patut selama ni asyik sakit bawah abdomen. Rasa penuh jek bwh abdomen ni dan kalau terhentak sakit-sakit sengal. Alhamdulillah dapat kesan awal. Tapi sebelum ni usaha di LPPKN doktor situ tak cakap apa pun. Semua ok dan suggest proceed buat IUI. 3-4 kali cucuk ubat hormon telur masih tak matang dan membesar bagaikan juara. At last kawan nasihatkan berjumpa pakar yg lain. Di Damai Service Hospital jumpa dengan Dr. Mahes.

Sabtu lepas pagi-pagi pergi hospital tersebut. Almaklumlah separuh hari dan takut ramai org dtg. Memang betul ramai yg dtg hari tu. Nasib baik dpt no 3. So seperti biasa aku buat ultrasound. Ok serius aku dah takde rasa malu untuk buat ultasound tu. Aku pasrah sebab kali ni nekad. Biarlah doktor periksa apa masalah aku sebenarnya. Akhir2 ni rambut gugur byk sungguh. Bawah abdomen sebelah kiri pun ada rasa sakit sengal-sengal.

Dan akhirnya dikesan terdapat ovarian cyst dikedua-dua belah ovari aku. Tapi sebelah kiri banyak. Terkejut dan ada rasa sedih. Tapi aku bersyukur, at least aku tau apa penyakit aku sekurang-kurangnya. Dan aku boleh merawatnya. Syukur tak terkata masa tu. Doktor suggest buat laparoscopy surgery.

Selasa buat appointment dengan doktor, terus buat persiapan masuk OT. Mr.Leenaz banyak membantu dan memberi semangat kat aku. Ya Allah syukur sgt mempunyai suami yg bertimbang rasa dan sentiasa memberi semangat. Susah senang bersama-sama. Demi memperolehi cahaya mata wang ringgit bukanlah ukurannya.

Selesai OT, sedar-sedar aku dh ada dalam wad. Alhamdulillah masih bernafas lagi. OK walaupun minor operation tapi serius aku amat takut utk melaluinya. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaanku sebelum masuk OT. Sekarang masih bercuti dan duduk diam dirumah. Doktor bagi MC 2 minggu. Dan sangat bosan duduk dirumah. Nak masuk kerja awal Mr.Leenaz tak bagi. Hurm apa nak buat. Memasak pun tak boleh. Mnegemas rumah pun pergerakan terhad. Ujian dariNya. SYukur Alhamdulillah.


p/s: next entry nanti nak cerita skit apa itu ovarian cyst.
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Alhamdulillah...Ramadhan yang pertama hari ini bersamaan 1 Ogos 2011. Semoga Ramadhan kali ini memberi pengertian yang amat bermakna bagi diriku dan juga suamiku. Semoga puasaku diberkati hingga akhir nanti. Syahdu pula puasa tahun ini. Mungkin rindukan bonda yang telah meninggalkanku hampir 6 tahun lalu. Tak mampu aku tuliskan disini kerana bisa menitiskan air mata ini. Cukupku katakan ku amat merindukan bondaku yang jauh disana. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang di sana.

p/s: Al-Fatihah

XoXo
Kadang-kadang apa yang kita impikan tak selalunya dapat...walau kita berusaha sedaya upaya, jika suratan dah tertulis tiada Rezeki maka apa yang masih mampu kita buat? Ucapkanlah Alhamdulillah kerana hari esok masih ada. Dan jangan pernah mengeluh dengan takdir itu. Namun di jauh dilubuk hati masih berbohong. Ada keluhan kecil disitu. Masih juga berkata-kata walaupun sang mulut mengucapkan syukur. Kenapa masih begitu? Wahai hati redhalah ketetapan yg Dia tuliskan. Jangan tergoda dengan hasutan si durjana ini. Sering membisikkan kata-kata yang memesongkan hati ini. Sedarlah Hanya Dia Yang Satu. Dan jangan pernah kesal dengan takdir ini.

XoXo
Hujanlah pula pepagi ni..shejokkk jek...nak tutup aircond remote ntah ke mana..sudahnya berselubung litup(muslimah gitewww) dalam comforter...nak bangun liat nauzubillah...kan best hari ni cuti lagi...di awang-awangan..duduk jap sengih2(mata tutup) pastu gedebum sambung tido balik...

Mr.Leenaz dah pukul-pukul suh bangun pi kerja...haram teman nak bangun...pastu buat alasan..."bang...badan aii bisa-bisa lah...sakit-sakit laa...bleh tulun hantarkan?" alasan tak mo drive+nak pegi opis lewat..gahhahaa..."ookkeeyy!"mcm nak taknak jek jawab...dulik haper kan...janji dia kata hokkey!gedebuk sambung balik tido.

Hamikk...hujan tak berenti sampai pukul 8. Pe lagi harus kelam kabut bersiap. Hujan makin ligan...semmpuuttt...semmpuuttt...nak naik kete kompem jem. “Bismillahirrahmanirrahim” hello bos...saya lewat masuk opis hari ni...hujan...tadi nak naik moto...hujan lebat terpaksa naik kete..pastu jem..blaa..blaa..blaa"..."OK"...pendeknyer bos jawab...aku punyalah mengarang ayat...selamat!

Kejung jek muka Mr.Leenaz ngantor naik kete..hakhakkhakkk..you memang suami yg baik+penyayang...love u!

XoXo
Mula-mula panas badan...esok bangun pagi tekak perit yg hamat....tengah hari buta berpanas naik motor dari Sungai Besi - Taman Connough - Sungai Besi....pastu Sungai Besi - Jalan Ampang semata-mata nak betulkan IC ASB...eeeeiiii...nak marah orang yg buat buku ASB tu pun takleh...sebabnyer aku pun tak double check masa dia buat.. T_T

Malam tu ke Shah Alam - Damansara Utama pula..ambil barang-barang berperang en.suami...balik dah dkt pukul 11 malam...ajak en.suami terus ke klinik panel yg berdekatan...badan dah panas..kepala dah ting tong...tunggu doctor tukar shift(klinik 24jam) pula...sudahnya dah pukul 12 tgh malam...minta MC utk hari tu...

Tapi aii pekerja berdedikasi...pepagi tu bangun kerja hokkey walaupun dh lemah giler...minta en.suami jek yg cuti...minta tolong hantarkan ke opis...ghahaha...gatai...tak larat ler nk drive ke opis....

Ni dah hari ke-3 demam+selsema+sakit tekak+batuk tak kebah2....dada ni dah sakit sgt...batuk tak hengat dunia....sengsara sgt...suara pun dh mcm jantan...
Catatan Lama → Laman utama