Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Selamat hari isnin. Senyum tak perlu kata apa-apa. Haa Haa. Alhamdulillah. Merasa lagi bonus tahun ni. Bolehlah lepas buat Umrah. Syukur. Berbaloi dengan apa yang aku lakukan. Kalu nak lebih kena kerja keras lagilahkan? Jangan berdengki dengan orang yang dpt lebih. Diorang bekerja keras. Peringatan untuk diri sendiri ni. Tapi kalau ada orang yang selalu hilang waktu kerja, banyak mengulor, dapat lebih macam mana? Itu urusan dia dengan Allah. Biarkan dia. Rezeki dia.

Ok. Bonus kali ni ada byk juga wishlist. Nak tolong sikit adikku yang nak kahwin bulan 6 ni. Nak belanja makan-makan sikit dengan keluargaku dan keluarga keluarga belah en.suami. Bulan 5 nak pergi USS. InsyaAllah. Nak servis kereta, bayar hutang baki nak masuk dalam ASB. Tolak sana tolak sini adelah tinggal sikit. Hu Hu. Baru pagi tadi dengar JOHARA cerita pasal duit bonus. Terkena kat batang hidung sendiri. Lumrah hidupkan. Buat apa nak simpan duit berkepuk-kepuk. Bukan boleh bawa ke kubur pun. Setahun berkerja masa untuk enjoylahkan.

Selamat Bekerja!
Dah masuk Disember...alahai...kejapnyer masa berlalu...apa yg aku buat sepanjang tahun ni?macam masa berlalu dengan sia-sia jek...pantas betul masa berlalu...umur pun makin lama makin kertu..takutnyer...bkn takut kertu...tapi umur makin meningkat amalan meningkat ke?hurm..

Semalam jalan sesak yang hamat area KL ni...mana taknya sebab ada persidangan UMNO...bukti jalan sesak leh tgok pic kat bawah ni...tgkap dari pejabat.



Ni area Jalan Raja Chulan...jalan atas jammed...jalan bawah jammed...rata-rata semua jalan pun jammed. Lenguh kaki makcik asyik tekan break...huhu. Lepas tu ada konsert apa jada area Bukit Bintang. Sesak lagi. Tambah hujan plak semalam. Rasa nak nanges makcik. balik pun lebih kurang pukul 8. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Tapi nk buek camno. Dah opis betul-betul area KL. Nasib badan.

Nak merepek panjang-panjang macam kemalasan plak. Hari ni macam slow jek otak ni. Camno tu?

XoXo
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri


4,000 Kampung Tanpa Wayar akhir tahun 2012

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kira-kira 4,000 Kampung Tanpa Wayar (KTW) akan diwujudkan di seluruh negara sehingga akhir tahun depan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini terdapat 1,400 KTW di Perlis, Sabah dan Sarawak.

"Bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan Internet, kita sedang dalam proses untuk membina menara elektronik di Sabah dan Sarawak.

"Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan kemudahan teknologi kepada semua rakyat.

"Pada masa yang sama, kita akan beri peluang untuk usahawan kecil dan sederhana mendaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi dalam talian bagi menjalankan projek ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran 'Dapatkan Perniagaan Dalam Talian Malaysia' anjuran Google Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, purata kos yang diperlukan untuk membangunkan kemudahan WiFi di kawasan tersebut adalah sekitar RM25,000 sehingga RM35,000.

"Kampung yang terlibat akan disediakan dengan sistem komputer biasa dengan kemudahan jalur lebar percuma untuk tiga bulan pertama dan selepas itu dikenakan bayaran minimum RM10 sebulan," jelasnya.

Mengulas mengenai perniagaan dalam talian, Rais berkata, bagi meningkatkan penjualan produk dan perkhidmatan, medium Internet adalah penting untuk meningkatkan lagi pencapaian perniagaan.

Dalam pada itu, Rais turut mengulas mengenai aduan yang melibatkan jenayah dalam talian iaitu penipuan transaksi kredit.

"Aduan tidak banyak diterima mengenai jenayah membabitkan transaksi dalam talian di negara ini.

"Bagaimanapun, apabila Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 berkuat kuasa tahun depan, saya fikir perniagaan seperti ini akan lebih dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan malahan adalah lebih baik daripada sebelum ini," jelasnya.


Dengar kata akhir tahun ni cuti dibekukan...:sigh:

...dengan menggemukkan badan. Seperti yg dirancang oleh ketua(kak jiah da bom bom) hari ni kami mengadakan pot luck kat Chorus Hotel Ampang. Ahaks. Tujuan pot luck ni untuk memanjakan diri kami yang penat bekerja tak kira siang ataupun malam(kunun).

Sekali sekala makan besar. Mahal sikit pun takpe kot. Janji kami happy! Sambil makan2 sesi umpat mengumpat tetap berjalan dgn lancar. Ahaks. Pape pun puas hati makan kat sini. Bila lagi ada Management Meeting yer? Minta2 kali ni `depa` meeting jauh-jauh sikit dan lama sikit. Boleh kami beronggeng lagi. Wwooppss terlebey sudaaa..

XoXo
Published with Blogger-droid v1.7.2

Penah rasa tak bila memandu tetibe mata ni sayu-sayu jek. Nguap macam nak terkoyak mulut ni? Tulah yg terjadi kat aku. Baik waktu pagi nk ke opis atau balik kerja. Ya Allah, hazabnyer. Alhamdulillah setakat ini masih dlm kawalan. Oleh disebabkan mengantuk yg hamat ni, aku ambil langkah pencegahan. Tu dia bekalan aku utk menguyah bila ngantuk masa memandu. Gegule beraneka jenis dan rasa. Masam ada, rasa mint ada, kelat2 pun ada. Nak ke surau jap. Ngantuk lak x cukup tido kene gangguan malam td. Ahaks

XoXo
Published with Blogger-droid v1.7.2
Hujanlah pula pepagi ni..shejokkk jek...nak tutup aircond remote ntah ke mana..sudahnya berselubung litup(muslimah gitewww) dalam comforter...nak bangun liat nauzubillah...kan best hari ni cuti lagi...di awang-awangan..duduk jap sengih2(mata tutup) pastu gedebum sambung tido balik...

Mr.Leenaz dah pukul-pukul suh bangun pi kerja...haram teman nak bangun...pastu buat alasan..."bang...badan aii bisa-bisa lah...sakit-sakit laa...bleh tulun hantarkan?" alasan tak mo drive+nak pegi opis lewat..gahhahaa..."ookkeeyy!"mcm nak taknak jek jawab...dulik haper kan...janji dia kata hokkey!gedebuk sambung balik tido.

Hamikk...hujan tak berenti sampai pukul 8. Pe lagi harus kelam kabut bersiap. Hujan makin ligan...semmpuuttt...semmpuuttt...nak naik kete kompem jem. “Bismillahirrahmanirrahim” hello bos...saya lewat masuk opis hari ni...hujan...tadi nak naik moto...hujan lebat terpaksa naik kete..pastu jem..blaa..blaa..blaa"..."OK"...pendeknyer bos jawab...aku punyalah mengarang ayat...selamat!

Kejung jek muka Mr.Leenaz ngantor naik kete..hakhakkhakkk..you memang suami yg baik+penyayang...love u!

XoXo
Hari pertama bekerja setelah bercuti selama 9 hari...
Mood: sangat mengantuk...
Cuba melawan perasaan tu...
..........................................
.........................................
.......................................
......................................
.....................................
....................................
...................................
..................................
.................................
................................
...............................
..............................
.............................
............................
...........................
..........................
.........................
........................
.......................
......................
.....................
....................
...................
..................
.................




Akhirnya...tersungkur
Catatan Lama → Laman utama