28 April 2012 ada Ops BERSIH 3.0 kan? Tapi bukan nak cerita pasal BERSIH ni. Nak cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 kat PWTC. Seawal pukul 9.00 pagi dah merempit ke sana. Naik kereta? tidak sama sekali sebab jalan banyak tutup sebab BERSIH ni la. Jalan Istana tutup, Jalan Dewan Bahasa tutup. Kiranya jalan ke arah Dataran semua tutuplah. Motor jek boleh lepas. Kereta semua tersadai tepi jalan. Nak ambil gambar mcm malas sebab tujuan utama nak ke PBAKL. hehe.
Sampai awal, orang pun tak ramai. Tujuan nak cari novel terakhir trilogi Bagaikan Puteri. Musafir Sunan. Tapi hampa. Takde lagi. katanya next week baru ada itu pun hard cover 1000 copy jek. Limited Only! Alahai takde rezekilah. Sebab minggu depan kawan kahwin kat N9 pula tu. So tunggu akhir bulan lah gamaknyer tunggu novel tu. Huu Huu sedih!

Oleh kerana terlampau geram. So mari habiskan duit dengan membeli buku yang lain. OK. Ini semua buku ilimiah en.suami. Saya punya 2 novel, srikandi yang benar dengan majalah impian. Yang lain semua en.suami punya. Dia meyopink alahai kalah orang pompan. Dekat RM200++ lah juga. Takpelah bahan-bahan ilmiah. Tahun depan kita claim tax. Ngahaha
1 ulasan:
bestnya kalau dptpergi pesta bukuni..huhu..
Catat Ulasan