Selamat hari isnin. Senyum tak perlu kata apa-apa. Haa Haa. Alhamdulillah. Merasa lagi bonus tahun ni. Bolehlah lepas buat Umrah. Syukur. Berbaloi dengan apa yang aku lakukan. Kalu nak lebih kena kerja keras lagilahkan? Jangan berdengki dengan orang yang dpt lebih. Diorang bekerja keras. Peringatan untuk diri sendiri ni. Tapi kalau ada orang yang selalu hilang waktu kerja, banyak mengulor, dapat lebih macam mana? Itu urusan dia dengan Allah. Biarkan dia. Rezeki dia.
Ok. Bonus kali ni ada byk juga wishlist. Nak tolong sikit adikku yang nak kahwin bulan 6 ni. Nak belanja makan-makan sikit dengan keluargaku dan keluarga keluarga belah en.suami. Bulan 5 nak pergi USS. InsyaAllah. Nak servis kereta, bayar hutang baki nak masuk dalam ASB. Tolak sana tolak sini adelah tinggal sikit. Hu Hu. Baru pagi tadi dengar JOHARA cerita pasal duit bonus. Terkena kat batang hidung sendiri. Lumrah hidupkan. Buat apa nak simpan duit berkepuk-kepuk. Bukan boleh bawa ke kubur pun. Setahun berkerja masa untuk enjoylahkan.
Selamat Bekerja!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan