Kembali berkerja setelah seminggu lebih bercuti raya. Cuti raya tahun ni bosan sedikit. Kenapa eh?! Hurm...sbb sedih dah 3 tahun masih tiada cahaya mata lagi. Mengeluh? Mungkin. Tapi redha sahaja. Itu lebih baik. Dia yang mengetahui segala2nya. Seperti biasa raya pertama di Tg Malim. Raya keempat ke Sg. Rambai. Tahun ni tak beraya di Kuala Selangor sbb ramai yang takde.
Bawak Najmi & Jirah beraya di Melaka. Terubat sedikit hati yang sunyi ni. Orang beraya dgn anak sendiri. Tapi aku menumpang kasih anak orang. Setidak-tidaknya mereka boleh berjalan-jalan sambil kumpul duit raya. Gembira betul mereka. Yela dapat berjalan.
Apa-apapun beraya kali ini Alhamdulillah. Beraya sederhana tapi bersyukur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan