Lama menyepi sbb byk hal yg berlaku akhir2 ni..minggu lepas buat laparoscopy surgery buang cyst. Patut selama ni asyik sakit bawah abdomen. Rasa penuh jek bwh abdomen ni dan kalau terhentak sakit-sakit sengal. Alhamdulillah dapat kesan awal. Tapi sebelum ni usaha di LPPKN doktor situ tak cakap apa pun. Semua ok dan suggest proceed buat IUI. 3-4 kali cucuk ubat hormon telur masih tak matang dan membesar bagaikan juara. At last kawan nasihatkan berjumpa pakar yg lain. Di Damai Service Hospital jumpa dengan Dr. Mahes.
Sabtu lepas pagi-pagi pergi hospital tersebut. Almaklumlah separuh hari dan takut ramai org dtg. Memang betul ramai yg dtg hari tu. Nasib baik dpt no 3. So seperti biasa aku buat ultrasound. Ok serius aku dah takde rasa malu untuk buat ultasound tu. Aku pasrah sebab kali ni nekad. Biarlah doktor periksa apa masalah aku sebenarnya. Akhir2 ni rambut gugur byk sungguh. Bawah abdomen sebelah kiri pun ada rasa sakit sengal-sengal.
Dan akhirnya dikesan terdapat ovarian cyst dikedua-dua belah ovari aku. Tapi sebelah kiri banyak. Terkejut dan ada rasa sedih. Tapi aku bersyukur, at least aku tau apa penyakit aku sekurang-kurangnya. Dan aku boleh merawatnya. Syukur tak terkata masa tu. Doktor suggest buat laparoscopy surgery.
Selasa buat appointment dengan doktor, terus buat persiapan masuk OT. Mr.Leenaz banyak membantu dan memberi semangat kat aku. Ya Allah syukur sgt mempunyai suami yg bertimbang rasa dan sentiasa memberi semangat. Susah senang bersama-sama. Demi memperolehi cahaya mata wang ringgit bukanlah ukurannya.
Selesai OT, sedar-sedar aku dh ada dalam wad. Alhamdulillah masih bernafas lagi. OK walaupun minor operation tapi serius aku amat takut utk melaluinya. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaanku sebelum masuk OT. Sekarang masih bercuti dan duduk diam dirumah. Doktor bagi MC 2 minggu. Dan sangat bosan duduk dirumah. Nak masuk kerja awal Mr.Leenaz tak bagi. Hurm apa nak buat. Memasak pun tak boleh. Mnegemas rumah pun pergerakan terhad. Ujian dariNya. SYukur Alhamdulillah.
p/s: next entry nanti nak cerita skit apa itu ovarian cyst.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan